BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 10, 2011

GIGI SIHAT, SENYUMAN MENAWAN


oleh: Noormazla Nizan, Hanisah Yunus

GIGI SIHAT SENYUMAN MENAWAN

Dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya penjagaan gigi yang lebih baik, Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia mengadakan Kempen Kesihatan gigi untuk warga UKM bertempat di Pusat Kesihatan baru-baru ini.

Kempen yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Disember dengan kerjasama Fakulti Pergigian UKM di bawah Jabatan Peridontologi mendedahkan kepada orang ramai mengenai penjagaan gigi dan bukan hanya dengan memberus gigi dua atau tiga kali sehari malah banyak lagi perkara yang harus dititik beratkan.

Senyuman menawan memang menjadi idaman setiap individu. Untuk memiliki senyuman sebegini, faktor paling utama pastilah penjagaan gigi. Gigi yang tidak sihat atau bermasalah, pasti boleh mencacatkan penampilan. Gigi yang cantik pastinya menyerlahkan senyuman yang menawan. Penjagaan gigi yang sempurna adalah penting dalam kehidupan seharian.

Menurut Ketua Jabatan Unit Pergigian, Dr.Hamizah Hamidun, menjaga kesihatan pergigian adalah sama penting dengan penjagaan tubuh badan yang lain. Penjagaan gigi adalah amat penting terutama bagi individu-individu yang menghidap penyakit seperti kencing manis dan jantung dimana mereka berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kuman yang bermula dari mulut.

“Setiap tahun kempen ini akan diadakan dan objektif utama adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang kepentingan pergigian disamping untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang kesihatan pergigian supaya dapat meningkatkan lagi kualiti hidup secara keseluruhan,” katanya.

Malah kata beliau, bagi mendapatkan gigi yang sihat dan menawan tips-tips penjagaan gigi yang baik adalah seperti menggunakan berus gigi yang sesuai mengikut usia serta melakukan teknik memberus gigi yang betul.

“Gunakan berus gigi yang sesuai dan mempunyai bulu yang lembut serta hujung yang bulat bagi mengurangkan risiko kecederaan gusi. Berus gigi yang terlalu lama dipakai, tidak dapat membersihkan gigi dengan sempurna dan boleh menyebabkan kerosakan gigi. Berus gigi patut diganti setiap tiga atau empat bulan sekali,”katanya

Sementara itu, teknik flos iaitu sejenis benang yang membersikan kawasan celah-celah gigi juga perlu dilakukan. teknik flos dan memberus gigi seharusnya dilakukan secara kombinasi bagi mendapatkan kebersihan mulut secara keseluruhan. Teknik penjagaan gigi adalah penting kerana masalah-masalah seperti Peridontial iaitu penyakit gusi atau pun gigi berlubang adalah bermula daripada penjagaan gigi yang tidak betul.

‘’Penggunaan cecair untuk berkumur juga membantu mengurangkan kerosakan gigi. Selain itu, perlu berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk membuat pemeriksaan dan pembasuhan gigi secara menyeluruh,” katanya.

Beliau mengulas mengenai peggunaan mouthwash ataupun cecair kumuran yang dikatakan mengandungi kandungan alkohol yang tinggi dan boleh membawa kanser.

Dr. Hamizah menjelaskan bahawa kandungan alkohol adalah bagi menstabilkan bahan kandungan di dalam cecair kumuran dan tidak begitu berbahaya kepada lapisan mulut.

Menurut beliau lagi, beliau sama sekali tidak bersetuju bahawa penggunaan cecair kumuran sahaja yang menyebabkan kanser sebaliknya banyak lagi faktor lain seperti merokok, pengambilan minuman keras merupakan penyebab yang lebih besar kepada kanser.

Oleh itu, Penjagaan gigi tidak hanya semusim, tetapi seeloknya biarlah usaha penjagaan kesihatan gigi itu berpanjangan. Malah, amalan diet seimbang, mengurangkan pengambilan gula serta sentiasa memberus gigi dengan betul yang dijadikan amalan kehidupan seharian boleh meningkatkan tahap kesihatan gigi.


pelajar UKM sedang membaca poster cara penjagaan gigi

sesi pendaftaran pemeriksaan gigi

suasana kempen gigi sihat di usat Kesihatan UKM

BERITA Nadi Bangi : Pelancaran Laman Web 'International Student Centre' (ISC)

Oleh: Noormazla binti Mohamad Nizan

Pelancaran Laman Web 'International Student Centre' (ISC)

Buat julung-julung kalinya Jawatankuasa International Student Centre (ISC) Universiti Kebangsaan Malaysia, telah mengadakan pelancaran laman web ISC di dataran Pusanika UKM pada 12 januari 2011 baru-baru ini.

Laman web ini dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri sebagai kemudahan kepada bakal pelajar antarabangsa yang memilih UKM untuk melanjutkan pengajian mereka.

Selain itu, web ISC mengandungi pelbagai maklumat yang diperlukan oleh bakal pelajar antarabangsa serta mereka yang sudah menjadi pelajar UKM.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri berkata, usaha itu adalah selaras dengan pelan transformasi UKM untuk menambah pengambilan pelajar antarabangsa dan penambahbaikan sistem pengurusan pelajar antarabangsa.

“Laman web ISC adalah sebagai langkah daripada satu projek penyelidikan untuk menyediakan perkhidmatan bagi pelajar antarabangsa seperti penempatan awal, perumahan, kaunseling dan kegiatan berpersatuan melalui Jabatan Pembangunan Pelajar,” katanya

Beliau menegaskan, semua langkah itu adalah sejajar dengan matlamat menjayakan aspirasi UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mencapai satu tahap pengantarabangsaan pengajian tinggi yang boleh dibanggakan.

“Ia juga diharap dapat memacu Malaysia menjadikan UKM sebagai pusat pengajian tinggi serantau dan diperingkat global,”katanya.

Antara aktiviti-akitiviti yang menarik yang telah diadakan ialah pameran dan persembahan daripada pelajar-pelajar antarabangsa.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Pejabat Hubungan Antarabangsa UKM, Prof. Madya Dr. Imran Ho Abdullah dan warga UKM.


.

BERITA Nadi Bangi : Pelancaran Laman Web 'International Student Centre' (ISC)

Oleh: Noormazla binti Mohamad Nizan

Pelancaran Laman Web 'International Student Centre' (ISC)

Buat julung-julung kalinya Jawatankuasa International Student Centre (ISC) Universiti Kebangsaan Malaysia, telah mengadakan pelancaran laman web ISC di dataran Pusanika UKM pada 12 januari 2011 baru-baru ini.

Laman web ini dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri sebagai kemudahan kepada bakal pelajar antarabangsa yang memilih UKM untuk melanjutkan pengajian mereka.

Selain itu, web ISC mengandungi pelbagai maklumat yang diperlukan oleh bakal pelajar antarabangsa serta mereka yang sudah menjadi pelajar UKM.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri berkata, usaha itu adalah selaras dengan pelan transformasi UKM untuk menambah pengambilan pelajar antarabangsa dan penambahbaikan sistem pengurusan pelajar antarabangsa.

“Laman web ISC adalah sebagai langkah daripada satu projek penyelidikan untuk menyediakan perkhidmatan bagi pelajar antarabangsa seperti penempatan awal, perumahan, kaunseling dan kegiatan berpersatuan melalui Jabatan Pembangunan Pelajar,” katanya

Beliau menegaskan, semua langkah itu adalah sejajar dengan matlamat menjayakan aspirasi UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mencapai satu tahap pengantarabangsaan pengajian tinggi yang boleh dibanggakan.

“Ia juga diharap dapat memacu Malaysia menjadikan UKM sebagai pusat pengajian tinggi serantau dan diperingkat global,”katanya.

Antara aktiviti-akitiviti yang menarik yang telah diadakan ialah pameran dan persembahan daripada pelajar-pelajar antarabangsa.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Pejabat Hubungan Antarabangsa UKM, Prof. Madya Dr. Imran Ho Abdullah dan warga UKM.


.

Anda Pembawa Talasemia???

Oleh: Noormazla Mohamad Nizan, Nur Syahirah Abdul Ghani

TALASEMIA: Anda Mungkin Pembawa!!!!




Talasemia adalah sejenis penyakit keturunan yang membabitkan kurangnya pengeluaran haemoglobin dalam sel darah merah seseorang pembawa gen talasemia.
Pembawa talasemia sebenarnya sihat dan normal. Pembawa hanya boleh dikesan melalui ujian saringan talasemia.

Pada zahirnya, anda mungkin kelihatan sihat. Namun siapa sangka bahawa anda adalah salah seorang daripada pembawa talasemia. Namun, masih terdapat ramai lagi yang kurang pengetahuan tentang Talasemia.

Oleh yang demikian, buat julung-julung kalinya kelab Talasemia Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa/I Fakulti Perubatan UKM (PERSIAP) dan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah menganjurkan kempen kesedaran Talasemia di dataran Pusanika UKM pada 28 December 2010 yang lalu.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan tahap pengetahuan mengenai Talasemia di kalangan masyarakat umum terutama warga UKM.

Selain itu, kempen ini juga dilihat sebagai simbol mengeratkan lagi kerjasama antara Kelab Talasemia Pusat Perubatan UKM (My Thal Club) dan Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM (PERSIAP) demi meningkatkan kualiti perubatan dan rawatan.

Dekan Fakulti Perubatan UKM, Profesor Dato’ Dr. Lokman Saim berkata, bilangan kes baru talasemia akan terus meningkat berikutan perkahwinan antara pembawa penyakit itu.

Di Malaysia, talasemia merupakan masalah kesihatan yang besar kerana dari beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kadar pembawa gen talasemia adalah di dalam lingkungan 3 hingga 5 peratus atau 1 dalam 20 orang rakyat Malaysia. Dengan itu, dianggarkan seramai 600,000 hingga 1 juta orang rakyat Malaysia adalah pembawa gen ini.

Beliau berkata, “Kempen kesedaran seperti itu akan membangkitkan kesedaran dan sifat ingin tahu di kalangan orang ramai supaya mereka sentiasa diingatkan mengenai penyakit itu dan cara mencegahnya”. Tambahnya lagi, talasemia merupakan satu-satunya penyakit genetik yang telah terbukti boleh dicegah dan dikawal sekiranya mendapat sokongan padu daripada masyarakat. Kunci kejayaan program pencegahan dan kawalan talasemia adalah pendidikan kesihatan yang berterusan dengan sokongan daripada semua pihak.

Menurut Dr Lokman juga, kejayaan kempen seperti ini bergantung kepada kerjasama pelbagai pihak trmasuklah badan kerajaan ataupun NGO dalam memainkan peranan masing-masing.

Sehubungan itu, Hari Talasemia Antarabangsa disambut pada 8 Mei setiap tahun bagi mengukuhkan lagi aktiviti penyebaran maklumat dan pendidikan kesihatan mengenai talasemia serta menyedarkan masyarakat mengenai penyakit tersebut.

LIPUTAN SIARAN LANGSUNG MHI DI DATARAN PANGGUNG SENI


ASSALAMULAIKUM.....

Assalamulaikum............


Tic, tok,tic tok bunyi jam tepat pukul 6.30 pagi. So cik ella pada hari tersebut ada MISI untuk dilaksanakan. Haaa!!MISI cik ella adalah untuk buat liputan berita Nadi Bangi di dataran Panggung Seni UKM. So cik ella dan Syahirah Ghani terus bergegas untuk buat liputan berita bagi majlis siaran langsung MHI di UKM. Tiba je di lokasi cik ella, kwn-kwn cik ella dan warga UKM sudah hadir awal untuk menyaksikan langsung MHI Di Dataran UKM ni. majlis pada hari tersebut sungguh meriah dengan kehadiran Saffe Sali pemain bola sepak Malaysia dan beberapa pengacara MHI seperti Wardina dan beberapa orang lagi. Selain itu, turut diadakan aktiviti-aktiviti yang menarik bagi menghiburkan warga UKM.

BERITA PENUH.....

Oleh: Noormazla Nizan dan Nur Syahirah Abdul Ghani

KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN INOVASI UKM

Univeristi Kebangsaan Malaysia telah mengadakan siaran langsung Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 bersama Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin mengenai arahkecemerlangan penyelidikan inovasi UKM di Dataran Panggung Seni, UKM pada 11 Februari 2011 baru-baru ini.

Program Malaysia Hari Ini (MHI) dijayakan dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UKM (PUSKEB)bersempena Hari Keterampilan Mahasiswa Kolej Dato' Onn (HAKERA) UKM dan turut sertai Giat Mara .

Menurut Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, inovasi adalah cara menguruskan satu idea yang boleh membawa kepada pasaran yang penting dari aspek kemahiran teknologi yang perlu ditekankan oleh penyelidik UKM dan pelajar.

“Perancangan transformasi utama untuk cemerlang mempunyai ciri autonomi, barisan kepimpinan, memupuk bakat, pembelajaran tahap akreditasi yang menyerlah, tahap teknologi yang tinggi dan hubungan industri dengan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, pelajar perlu berinovasi dalam semua bidang. Sebagai contoh, tarian yang mempamerkan konsep 1Malaysia menonjolkan apreasiasi kebudayaan,” katanya.

Program ini bertujuan merapatkan pelajar Giat Mara dan pelajar UKM dengan program perkasa remaja serta meningkatkan motivasi dan melahirkan pelajar yang holistik dan berinovasi dipasaran dunia.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti sembang pagi, tarian kebudayaan pelajar UKM, senaman pagi, persembahan kumpulan muzik UKM, ventriloki ahli silap mata, Marhaban dan kaunter-kaunter Giat Mara dengan perkhidmatan gunting rambut, solekan, masakan dan lain-lain

Sementara itu, majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pemain bola Malaysia Safee Sali.



bersama Fitri
Bersama Wardina
Bersama Saffe Sali(PEMAIN BOLA SEPAK)
sedang menulis isi2x penting ucapan NC UKM
NC sedang Ditemu bual oleh Pengacara MHI

rakan-rakan cik ella dan Wardina

RENDANG AYAM CIK ELLA

ASSALAMUALAIKUM............

Hari ni cik ela nak berkongsi satu resipi yang sungguh enak. Menu hari ini adalah rendang ayam. rendam ayam ni sesuai di mkn dengan nasi, ketupat, lemang dan ratah mcm tupun boleh AJEKAN....HUHUUUH..Resipi ini mak cik ella yang ajar. Bak kata mak cik ella rendang malas kerana bahan-bahannya memang SENANG, MUDAH, dan CEPAT. So apa tunggu lagi untuk mencuba resipi yang mudah inikan.



Bahan-bahannya

1 ekor ayam (potong ikut suka)

3 helai daun kunyit

4 batang serai ( ptg halus2x dan belender jgn sampai hancur)

Santan perah sebiji

Kelapa parut segengam tangan

Cili kering rm1.00 (di belender)

Lengkuas 1 inci (belender)

Bawang kecik rm2.00 ( di potong halus)

Sedikit serbuk kunyit

Garam secukup rasa

Cara-caranya

Ayam dibasuh dengan tepung supaya hilang bau hanyir. Kemudian masukkan ayam yang telah siap dipotong dalam kuali. Sementara tu belender cili kering. Kemudian serai dan lengkuas dipotong halus dan dibelender tp jgn sampai hancur. Daun kunyit di potong halus.Bawang kecik dihiris halus. Bubuh sedikit serbuk kunyit untuk nampak kuning. Masukkan kelapa parut yang ditumbuk jgn sampai lumat. Masukkan santan. Akhir sekali gaul semua bahan tadi dalam kuali dan bubuh sedikit garam. Seterusnya letak kuali atas api dan masak sehingga kering. SO BOLEH LA MENCUBA….PASTI MKN NAK LAGI….NYAM2….TAK CAYA CUBALAH….


Rendang Ayam


Wednesday, June 29, 2011

KUIH BUAH MELAKA

kuih buah melaka



Assalaaumulaikum

Hari ni cik ella nak menulis resipi kuih buah melaka yg menjadi makanan kegemaran cik ella. Mesti anda pun suka kan? so disini cik ella nak kongsikan resipi kuih ni...so anda boleh la mencuba erk..


Bahan-bahan

1 bungkus tepung pulut
Sebiji ubi kelidik(direbus)
Gula melaka (potong dadu)
kelapa parut
garam sedikit (dalam tepung dan kelapa parut)


Cara-caranya

1. Ubi keledik dilicitkan.
2. Kemudian masukkan tepung pulut tadi dalam bekas. kemudian diuli tepung pulut tadi bersama ubi kelidik. uli hingga lembut. Masukkan sedikit garam.
3. Masukkan air sedekit demi sedikit sampai tepung yg duli tadi menjadi lembut hingga menjadi doh dan sebati.

tepung yg telah siap diuli

4. Sementera tu didihkan air dalam periuk hingga mendidih.
5. Sementara tunggu air mendidih gentel bulat tepung yg diuli tadi bersama gula.

gula merah

6. Sediakan kelapa parut dan masukkan sedikit garam.
7. Tepung yg digentel bulat dimasukkan dalam air yg mendidih dan bila tepung tadi timbul diangkat kemudian gaul bersama kelapa parut td. Siap...selamat mencuba

Saturday, June 25, 2011

Blueberry Cheese Tart and Oreo Cheese Tart



Blueberry Cheese Tart and Oreo Cheese Tart


Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia

Sebut pasal cheese tart ni…mengidam2x lak nak mkn. Nak beli satu tart cheese tu kan mahal. So watpe buang duit kan?! cik ella rasa baik wat sendiri…satu bancuhan tu leh dapat banyak…tak caya cubalah kan. So ari ni cik ella nak kongsikan dua resipi iaitu Blueberry Cheese Tart and Oreo Cheese Tart. Nyam2x…memang sungguh sedap kan kalau dah buat sendiri. JGN lupa mencuba resipi ni di rumah….PASTI ENAK BANGAT!!!!

Blueberry Cheese Tart



Bahan Pastri

70g butter

50g gula halus

1 biji kuning telur

110g tepung gandum

15g almond powder

beberapa titik esen vanila

Filling

50g cream cheese

100g yogurt - sejatkan biar jadi 50g

40g gula halus

1 biji telur(saiz m)

1 sudu besar tepung gandum

1 sudu kecil corn starch

50ml fresh cream

Cara-caranya pastri

1. Masukkan butter ke dalam mangkuk. Kacau sampai lembut atau jadi bentuk krim.

2. Tambahkan gula. Pukul sehingga putih

3. Masukkan telur kuning. Kacau sehinga sekata. Tambahkan pula esen vanila. Kacau lagi.

4. Campurkan tepung dengan almond powder . Kemudian ayakkan.

5. Kemudian masukkan tepung ke dalam no.3 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau.

6. Uli jadi bentuk bulat. Kemudian simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan.

7. Canaikan doh setebal 3-4mm. Terap dengan cutter diameternya 6cm. Simpan dalam peti ais sementara siap buat filling.

Cara buat filling

1. Letakkan ke dalam mangkuk cream cheese, yogurt dan gula. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.

2. Tambahkan fresh cream sedikit demi sedikit sambil dikacau.

3. Lepas tu, ayak pula tepung gandum dan corn starch ke dalam no.9 tadi. Kacau sehingga sebati.

4. Sapukan bekas muffin dengan butter dan taburkan sedikit tepung. Ambik pastri tadi. Masukkan ke dalam bekas muffin. Cucuk-cucukkan dengan garfu.

5. Isikan dengan cream cheese tadi. Bakar selama 30 minit dengan suhu 170 degree atau sehingga pastri nampak kuning/perang.

Ha….ni pula Resipi Choc Cheese Oreo Tart ni tak banyak beza dengan resipi cheese tart biasa. Hanya tambahkan coklat serbuk saja dalam adunan dan letak sejemput biskut oreo yang dah dihancurkan.

Oreo Choc Cheese Tart



Bahan-bahan

250 g cream cheese
100 g mentega
80 g gula kastor
1 bj telur
30 g whipping krim
2-3 sb serbuk coklat
Beberapa keping biskut (buang fillin) oreo yg dihancurkan

Cara-Caranya
1) Campurkan semua bahan kecuali biskut oreo. Mixer sampai semua bahan sebati.
2) Sudu/pipe dalam tart shell. Taburkan serbuk biskut oreo di atas adunan cheese.
3) Sementara tu panaskan oven 160 c (ikut kapasiti oven masing2)selama 10min.
4) Masukkan tart dan bakar 5 minit.
5) Keluarkan dan tunggu hingga sejuk barulah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA….PASTI NAK LAGI KAN!!!!

Friday, June 24, 2011

KEK COKLAT KUKUS CIK ELLA


kek coklat kukus

Assalamulaikum dan salam 1Malaysia

Dah lama cik ella tak masak kek. Yela, cik ella sblm ni sibuk ngan kelas so tak de masa nak g dapur wat kek coklat yg menjadi kesukaan cik ella. Sape suka mkn kek coklat sila angkat tangan!!ni haa cik ella nk share resepi kek coklat kukus yg sangat sedap dan senang nk buat.

BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk coklat

1 cawan gula pasir

1 cawan marjerin cair

1 cawan susu cair

1/2 cawan susu pekat

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil soda bikarbonat

3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.

2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)

3. Angkat dan sejukkan.

4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.

5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.

6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.

7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.

8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

Macam mana, senangkan??setakat ni cik ella buat kek coklat ni tak muak tau..mkn satu slice rasa mcm tak cukup..lg pun resepinya sgt la senang..tak percaya??cubalah buat..


erm..sedapkan....

GUGURLZ PICTURE

Hai2x n Assamulaikum…wah kali ni lak cik ela nak menulis pasal group GUGURLZ PICTURE. GUGURLZ PICTURE ne group cik ella untuk subjek penulisan pembujukan. Subjek pilihan bebas(PB) short sem. So group cik ella kena wat video iklan Kenny rogers.

Hohohoho…masa nak wat video ni terpaksalah mkn kat Kenny Rogers tu semata2x nak wat video ni kan. Tp tak kisah la kan, asal kan dapat rakam kat Kenny rogers. Memang terbaik la wat keja ni..lagi2x cik ella duduk satu bilik dengan group cik ella. So lagi mudah untuk siapkan keja ni kan. Memang happy wat keja ni dengan perangai giler2x cik ella ni kan. So saksikan lah video yg dah siap ni…semoga terhibur…


POSH PRODUCTION(TUGASAN SEM 4) MCP

Haluuuu, heloo, assalamulaikum n salam 1MALAYSIA……….kali ni lak cik ella nak citer pasal group cik ella POSH PRODUCTION. Group cik ella kali best sangat2x coz kami memang satu geng. So senang sikitkan, kwn2x katakan. So pergi mana2xpn sentiasa bersama. Tugasan kali ini pulak kami kena wat rancangan Multiple Camera Production(MCP) yg bertajuk In A Foreign Land. Tanggungjawab memang besar bagi setiap ahli group cik ella. Yela, setiap org ada peranan masing2x. so tak la main2x kan..walaupun group cik ella ni memang dikatakan happy selalu tp kalau keja memang terpaksalah wat bersungguh2x kan.

Aper2xpun..tugasan ni pun dah selesai. SO next sem tugasan hasilkan dokumentari lak…alahai….kena piker nak wat aper lak. Saksikan sisipan rancangan untuk rancangan group cik ella dan gambar kami. Semoga terhibur.


GAMBAR GROUP POSH


FM Posh
sedang siapkan set rancangan


Dalam bilik teknikal..hohoho..
group posh





Hari YG Sungguh Bosan

Testing2x....dah lama Cik Ella tak update blog ni...erm.....tak pernah Cik Ella rasa bosan gini...mana taknya dok mengadap laptop jer....mata dah naik bengkak dok mengadap laptop ni...huhuhuhu

Cik Ella baru je habis exam short sem...so Cik Ella ngah dok pikir nk wat apalah cuti ni....nak keja ker atau dok makan tdo kat umah jer...haish!!!Cik Ella ni dah la tak pernah duduk sajer...setiap kali cuti mesti Cik Ella keja....jarang la Cik Ella kebosanan mcm gini....

So apa yang kena buat ialah Cik Ella kena cr keja...baru DUITPUN MASYUK....hohoho.....nanti dah dapat gaji leh ar simpan kan? ada time leh shopping2xkan, g jalan2x ker....

okeylah...Cik Ella dah Ngantuk.....wasalam