BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 10, 2011

RENDANG AYAM CIK ELLA

ASSALAMUALAIKUM............

Hari ni cik ela nak berkongsi satu resipi yang sungguh enak. Menu hari ini adalah rendang ayam. rendam ayam ni sesuai di mkn dengan nasi, ketupat, lemang dan ratah mcm tupun boleh AJEKAN....HUHUUUH..Resipi ini mak cik ella yang ajar. Bak kata mak cik ella rendang malas kerana bahan-bahannya memang SENANG, MUDAH, dan CEPAT. So apa tunggu lagi untuk mencuba resipi yang mudah inikan.



Bahan-bahannya

1 ekor ayam (potong ikut suka)

3 helai daun kunyit

4 batang serai ( ptg halus2x dan belender jgn sampai hancur)

Santan perah sebiji

Kelapa parut segengam tangan

Cili kering rm1.00 (di belender)

Lengkuas 1 inci (belender)

Bawang kecik rm2.00 ( di potong halus)

Sedikit serbuk kunyit

Garam secukup rasa

Cara-caranya

Ayam dibasuh dengan tepung supaya hilang bau hanyir. Kemudian masukkan ayam yang telah siap dipotong dalam kuali. Sementara tu belender cili kering. Kemudian serai dan lengkuas dipotong halus dan dibelender tp jgn sampai hancur. Daun kunyit di potong halus.Bawang kecik dihiris halus. Bubuh sedikit serbuk kunyit untuk nampak kuning. Masukkan kelapa parut yang ditumbuk jgn sampai lumat. Masukkan santan. Akhir sekali gaul semua bahan tadi dalam kuali dan bubuh sedikit garam. Seterusnya letak kuali atas api dan masak sehingga kering. SO BOLEH LA MENCUBA….PASTI MKN NAK LAGI….NYAM2….TAK CAYA CUBALAH….


Rendang Ayam


No comments:

Post a Comment