BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 10, 2011

BERITA Nadi Bangi : Pelancaran Laman Web 'International Student Centre' (ISC)

Oleh: Noormazla binti Mohamad Nizan

Pelancaran Laman Web 'International Student Centre' (ISC)

Buat julung-julung kalinya Jawatankuasa International Student Centre (ISC) Universiti Kebangsaan Malaysia, telah mengadakan pelancaran laman web ISC di dataran Pusanika UKM pada 12 januari 2011 baru-baru ini.

Laman web ini dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri sebagai kemudahan kepada bakal pelajar antarabangsa yang memilih UKM untuk melanjutkan pengajian mereka.

Selain itu, web ISC mengandungi pelbagai maklumat yang diperlukan oleh bakal pelajar antarabangsa serta mereka yang sudah menjadi pelajar UKM.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri berkata, usaha itu adalah selaras dengan pelan transformasi UKM untuk menambah pengambilan pelajar antarabangsa dan penambahbaikan sistem pengurusan pelajar antarabangsa.

“Laman web ISC adalah sebagai langkah daripada satu projek penyelidikan untuk menyediakan perkhidmatan bagi pelajar antarabangsa seperti penempatan awal, perumahan, kaunseling dan kegiatan berpersatuan melalui Jabatan Pembangunan Pelajar,” katanya

Beliau menegaskan, semua langkah itu adalah sejajar dengan matlamat menjayakan aspirasi UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mencapai satu tahap pengantarabangsaan pengajian tinggi yang boleh dibanggakan.

“Ia juga diharap dapat memacu Malaysia menjadikan UKM sebagai pusat pengajian tinggi serantau dan diperingkat global,”katanya.

Antara aktiviti-akitiviti yang menarik yang telah diadakan ialah pameran dan persembahan daripada pelajar-pelajar antarabangsa.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Pejabat Hubungan Antarabangsa UKM, Prof. Madya Dr. Imran Ho Abdullah dan warga UKM.


.

No comments:

Post a Comment