BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 25, 2011

Blueberry Cheese Tart and Oreo Cheese Tart



Blueberry Cheese Tart and Oreo Cheese Tart


Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia

Sebut pasal cheese tart ni…mengidam2x lak nak mkn. Nak beli satu tart cheese tu kan mahal. So watpe buang duit kan?! cik ella rasa baik wat sendiri…satu bancuhan tu leh dapat banyak…tak caya cubalah kan. So ari ni cik ella nak kongsikan dua resipi iaitu Blueberry Cheese Tart and Oreo Cheese Tart. Nyam2x…memang sungguh sedap kan kalau dah buat sendiri. JGN lupa mencuba resipi ni di rumah….PASTI ENAK BANGAT!!!!

Blueberry Cheese Tart



Bahan Pastri

70g butter

50g gula halus

1 biji kuning telur

110g tepung gandum

15g almond powder

beberapa titik esen vanila

Filling

50g cream cheese

100g yogurt - sejatkan biar jadi 50g

40g gula halus

1 biji telur(saiz m)

1 sudu besar tepung gandum

1 sudu kecil corn starch

50ml fresh cream

Cara-caranya pastri

1. Masukkan butter ke dalam mangkuk. Kacau sampai lembut atau jadi bentuk krim.

2. Tambahkan gula. Pukul sehingga putih

3. Masukkan telur kuning. Kacau sehinga sekata. Tambahkan pula esen vanila. Kacau lagi.

4. Campurkan tepung dengan almond powder . Kemudian ayakkan.

5. Kemudian masukkan tepung ke dalam no.3 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau.

6. Uli jadi bentuk bulat. Kemudian simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan.

7. Canaikan doh setebal 3-4mm. Terap dengan cutter diameternya 6cm. Simpan dalam peti ais sementara siap buat filling.

Cara buat filling

1. Letakkan ke dalam mangkuk cream cheese, yogurt dan gula. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.

2. Tambahkan fresh cream sedikit demi sedikit sambil dikacau.

3. Lepas tu, ayak pula tepung gandum dan corn starch ke dalam no.9 tadi. Kacau sehingga sebati.

4. Sapukan bekas muffin dengan butter dan taburkan sedikit tepung. Ambik pastri tadi. Masukkan ke dalam bekas muffin. Cucuk-cucukkan dengan garfu.

5. Isikan dengan cream cheese tadi. Bakar selama 30 minit dengan suhu 170 degree atau sehingga pastri nampak kuning/perang.

Ha….ni pula Resipi Choc Cheese Oreo Tart ni tak banyak beza dengan resipi cheese tart biasa. Hanya tambahkan coklat serbuk saja dalam adunan dan letak sejemput biskut oreo yang dah dihancurkan.

Oreo Choc Cheese Tart



Bahan-bahan

250 g cream cheese
100 g mentega
80 g gula kastor
1 bj telur
30 g whipping krim
2-3 sb serbuk coklat
Beberapa keping biskut (buang fillin) oreo yg dihancurkan

Cara-Caranya
1) Campurkan semua bahan kecuali biskut oreo. Mixer sampai semua bahan sebati.
2) Sudu/pipe dalam tart shell. Taburkan serbuk biskut oreo di atas adunan cheese.
3) Sementara tu panaskan oven 160 c (ikut kapasiti oven masing2)selama 10min.
4) Masukkan tart dan bakar 5 minit.
5) Keluarkan dan tunggu hingga sejuk barulah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA….PASTI NAK LAGI KAN!!!!

No comments:

Post a Comment