BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 5, 2012

MY SECOND CONVOCATION!!!!HURAYYYYY

 
 
Assalammualikum wbt

Salam One Malaysia
 
Actually juz nak share my photo konvokesyen yang lalu on 22 Oktober 2012 with all my friend out there.

So, this is my second convocation after i received my Diploma in Communication. Now Alhamdulillah saya berjaya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media. Dan InsyaAllah kalau diberi umur yang panjang akan melanjutkan pelajaran saya ke peringakat Sarjana (Master) tidak lama lagi. Moga-moga Allah memberikan kekuatan pada diri untuk meneruskan perjuangan mengejar ilmu dan cita-cita.
 
Tahniah buat rakan-rakan sepejuangan atas kejayaan anda dan saya doakan semuanya sukses selalu. Tahniah juga buat diri di atas kejayaan yang di kecapi. Berkat kesusahan dan keperitan yang di tanggung akhirya berbaloi dengan segulung ijazah pertama.

Buat ibu dan ayah serta keluarga tercinta terima kasih atas doa kalian, tanpa doa dari kalian mungkin saya hampir hilang keyakinan diri dan mungkin akan menjadi lemah selamanya.
 
 
 
 
 
 
with my classsmate 
me, farah n suhaila
 
 


ayh n mak terchenta...hehhe
 

ceria sokmo...


thanks kpd yg memberi...
 
 
Sekian hope u olls enjoy this moment together..

Wednesday, February 1, 2012

::::PENYATUAN DUA HATI::::

salam....


Dah lama benor cik ela tak menulis di blog kesayangan cik ela ni kan...ok, ari ni cik ela nak kongsikan pasal kawan cik ela yg baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada 29.1.2012.....wah terharunya dia dah kawin......cik ela bila lagi agaknya?????...hahahhahhahaha...kalau nak tahu TUNGGU!!!!!hhhahahaha......mari kita layan video yg cik elLa hasilkan khas untuk kwn cik ela......selamat berhibur.....zazzzz!!!!!!


Sunday, July 10, 2011

GIGI SIHAT, SENYUMAN MENAWAN


oleh: Noormazla Nizan, Hanisah Yunus

GIGI SIHAT SENYUMAN MENAWAN

Dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya penjagaan gigi yang lebih baik, Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia mengadakan Kempen Kesihatan gigi untuk warga UKM bertempat di Pusat Kesihatan baru-baru ini.

Kempen yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Disember dengan kerjasama Fakulti Pergigian UKM di bawah Jabatan Peridontologi mendedahkan kepada orang ramai mengenai penjagaan gigi dan bukan hanya dengan memberus gigi dua atau tiga kali sehari malah banyak lagi perkara yang harus dititik beratkan.

Senyuman menawan memang menjadi idaman setiap individu. Untuk memiliki senyuman sebegini, faktor paling utama pastilah penjagaan gigi. Gigi yang tidak sihat atau bermasalah, pasti boleh mencacatkan penampilan. Gigi yang cantik pastinya menyerlahkan senyuman yang menawan. Penjagaan gigi yang sempurna adalah penting dalam kehidupan seharian.

Menurut Ketua Jabatan Unit Pergigian, Dr.Hamizah Hamidun, menjaga kesihatan pergigian adalah sama penting dengan penjagaan tubuh badan yang lain. Penjagaan gigi adalah amat penting terutama bagi individu-individu yang menghidap penyakit seperti kencing manis dan jantung dimana mereka berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kuman yang bermula dari mulut.

“Setiap tahun kempen ini akan diadakan dan objektif utama adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang kepentingan pergigian disamping untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang kesihatan pergigian supaya dapat meningkatkan lagi kualiti hidup secara keseluruhan,” katanya.

Malah kata beliau, bagi mendapatkan gigi yang sihat dan menawan tips-tips penjagaan gigi yang baik adalah seperti menggunakan berus gigi yang sesuai mengikut usia serta melakukan teknik memberus gigi yang betul.

“Gunakan berus gigi yang sesuai dan mempunyai bulu yang lembut serta hujung yang bulat bagi mengurangkan risiko kecederaan gusi. Berus gigi yang terlalu lama dipakai, tidak dapat membersihkan gigi dengan sempurna dan boleh menyebabkan kerosakan gigi. Berus gigi patut diganti setiap tiga atau empat bulan sekali,”katanya

Sementara itu, teknik flos iaitu sejenis benang yang membersikan kawasan celah-celah gigi juga perlu dilakukan. teknik flos dan memberus gigi seharusnya dilakukan secara kombinasi bagi mendapatkan kebersihan mulut secara keseluruhan. Teknik penjagaan gigi adalah penting kerana masalah-masalah seperti Peridontial iaitu penyakit gusi atau pun gigi berlubang adalah bermula daripada penjagaan gigi yang tidak betul.

‘’Penggunaan cecair untuk berkumur juga membantu mengurangkan kerosakan gigi. Selain itu, perlu berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk membuat pemeriksaan dan pembasuhan gigi secara menyeluruh,” katanya.

Beliau mengulas mengenai peggunaan mouthwash ataupun cecair kumuran yang dikatakan mengandungi kandungan alkohol yang tinggi dan boleh membawa kanser.

Dr. Hamizah menjelaskan bahawa kandungan alkohol adalah bagi menstabilkan bahan kandungan di dalam cecair kumuran dan tidak begitu berbahaya kepada lapisan mulut.

Menurut beliau lagi, beliau sama sekali tidak bersetuju bahawa penggunaan cecair kumuran sahaja yang menyebabkan kanser sebaliknya banyak lagi faktor lain seperti merokok, pengambilan minuman keras merupakan penyebab yang lebih besar kepada kanser.

Oleh itu, Penjagaan gigi tidak hanya semusim, tetapi seeloknya biarlah usaha penjagaan kesihatan gigi itu berpanjangan. Malah, amalan diet seimbang, mengurangkan pengambilan gula serta sentiasa memberus gigi dengan betul yang dijadikan amalan kehidupan seharian boleh meningkatkan tahap kesihatan gigi.


pelajar UKM sedang membaca poster cara penjagaan gigi

sesi pendaftaran pemeriksaan gigi

suasana kempen gigi sihat di usat Kesihatan UKM

BERITA Nadi Bangi : Pelancaran Laman Web 'International Student Centre' (ISC)

Oleh: Noormazla binti Mohamad Nizan

Pelancaran Laman Web 'International Student Centre' (ISC)

Buat julung-julung kalinya Jawatankuasa International Student Centre (ISC) Universiti Kebangsaan Malaysia, telah mengadakan pelancaran laman web ISC di dataran Pusanika UKM pada 12 januari 2011 baru-baru ini.

Laman web ini dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri sebagai kemudahan kepada bakal pelajar antarabangsa yang memilih UKM untuk melanjutkan pengajian mereka.

Selain itu, web ISC mengandungi pelbagai maklumat yang diperlukan oleh bakal pelajar antarabangsa serta mereka yang sudah menjadi pelajar UKM.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri berkata, usaha itu adalah selaras dengan pelan transformasi UKM untuk menambah pengambilan pelajar antarabangsa dan penambahbaikan sistem pengurusan pelajar antarabangsa.

“Laman web ISC adalah sebagai langkah daripada satu projek penyelidikan untuk menyediakan perkhidmatan bagi pelajar antarabangsa seperti penempatan awal, perumahan, kaunseling dan kegiatan berpersatuan melalui Jabatan Pembangunan Pelajar,” katanya

Beliau menegaskan, semua langkah itu adalah sejajar dengan matlamat menjayakan aspirasi UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mencapai satu tahap pengantarabangsaan pengajian tinggi yang boleh dibanggakan.

“Ia juga diharap dapat memacu Malaysia menjadikan UKM sebagai pusat pengajian tinggi serantau dan diperingkat global,”katanya.

Antara aktiviti-akitiviti yang menarik yang telah diadakan ialah pameran dan persembahan daripada pelajar-pelajar antarabangsa.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Pejabat Hubungan Antarabangsa UKM, Prof. Madya Dr. Imran Ho Abdullah dan warga UKM.


.

BERITA Nadi Bangi : Pelancaran Laman Web 'International Student Centre' (ISC)

Oleh: Noormazla binti Mohamad Nizan

Pelancaran Laman Web 'International Student Centre' (ISC)

Buat julung-julung kalinya Jawatankuasa International Student Centre (ISC) Universiti Kebangsaan Malaysia, telah mengadakan pelancaran laman web ISC di dataran Pusanika UKM pada 12 januari 2011 baru-baru ini.

Laman web ini dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri sebagai kemudahan kepada bakal pelajar antarabangsa yang memilih UKM untuk melanjutkan pengajian mereka.

Selain itu, web ISC mengandungi pelbagai maklumat yang diperlukan oleh bakal pelajar antarabangsa serta mereka yang sudah menjadi pelajar UKM.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri berkata, usaha itu adalah selaras dengan pelan transformasi UKM untuk menambah pengambilan pelajar antarabangsa dan penambahbaikan sistem pengurusan pelajar antarabangsa.

“Laman web ISC adalah sebagai langkah daripada satu projek penyelidikan untuk menyediakan perkhidmatan bagi pelajar antarabangsa seperti penempatan awal, perumahan, kaunseling dan kegiatan berpersatuan melalui Jabatan Pembangunan Pelajar,” katanya

Beliau menegaskan, semua langkah itu adalah sejajar dengan matlamat menjayakan aspirasi UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mencapai satu tahap pengantarabangsaan pengajian tinggi yang boleh dibanggakan.

“Ia juga diharap dapat memacu Malaysia menjadikan UKM sebagai pusat pengajian tinggi serantau dan diperingkat global,”katanya.

Antara aktiviti-akitiviti yang menarik yang telah diadakan ialah pameran dan persembahan daripada pelajar-pelajar antarabangsa.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Pejabat Hubungan Antarabangsa UKM, Prof. Madya Dr. Imran Ho Abdullah dan warga UKM.


.

Anda Pembawa Talasemia???

Oleh: Noormazla Mohamad Nizan, Nur Syahirah Abdul Ghani

TALASEMIA: Anda Mungkin Pembawa!!!!




Talasemia adalah sejenis penyakit keturunan yang membabitkan kurangnya pengeluaran haemoglobin dalam sel darah merah seseorang pembawa gen talasemia.
Pembawa talasemia sebenarnya sihat dan normal. Pembawa hanya boleh dikesan melalui ujian saringan talasemia.

Pada zahirnya, anda mungkin kelihatan sihat. Namun siapa sangka bahawa anda adalah salah seorang daripada pembawa talasemia. Namun, masih terdapat ramai lagi yang kurang pengetahuan tentang Talasemia.

Oleh yang demikian, buat julung-julung kalinya kelab Talasemia Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa/I Fakulti Perubatan UKM (PERSIAP) dan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) telah menganjurkan kempen kesedaran Talasemia di dataran Pusanika UKM pada 28 December 2010 yang lalu.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan tahap pengetahuan mengenai Talasemia di kalangan masyarakat umum terutama warga UKM.

Selain itu, kempen ini juga dilihat sebagai simbol mengeratkan lagi kerjasama antara Kelab Talasemia Pusat Perubatan UKM (My Thal Club) dan Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM (PERSIAP) demi meningkatkan kualiti perubatan dan rawatan.

Dekan Fakulti Perubatan UKM, Profesor Dato’ Dr. Lokman Saim berkata, bilangan kes baru talasemia akan terus meningkat berikutan perkahwinan antara pembawa penyakit itu.

Di Malaysia, talasemia merupakan masalah kesihatan yang besar kerana dari beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kadar pembawa gen talasemia adalah di dalam lingkungan 3 hingga 5 peratus atau 1 dalam 20 orang rakyat Malaysia. Dengan itu, dianggarkan seramai 600,000 hingga 1 juta orang rakyat Malaysia adalah pembawa gen ini.

Beliau berkata, “Kempen kesedaran seperti itu akan membangkitkan kesedaran dan sifat ingin tahu di kalangan orang ramai supaya mereka sentiasa diingatkan mengenai penyakit itu dan cara mencegahnya”. Tambahnya lagi, talasemia merupakan satu-satunya penyakit genetik yang telah terbukti boleh dicegah dan dikawal sekiranya mendapat sokongan padu daripada masyarakat. Kunci kejayaan program pencegahan dan kawalan talasemia adalah pendidikan kesihatan yang berterusan dengan sokongan daripada semua pihak.

Menurut Dr Lokman juga, kejayaan kempen seperti ini bergantung kepada kerjasama pelbagai pihak trmasuklah badan kerajaan ataupun NGO dalam memainkan peranan masing-masing.

Sehubungan itu, Hari Talasemia Antarabangsa disambut pada 8 Mei setiap tahun bagi mengukuhkan lagi aktiviti penyebaran maklumat dan pendidikan kesihatan mengenai talasemia serta menyedarkan masyarakat mengenai penyakit tersebut.

LIPUTAN SIARAN LANGSUNG MHI DI DATARAN PANGGUNG SENI


ASSALAMULAIKUM.....

Assalamulaikum............


Tic, tok,tic tok bunyi jam tepat pukul 6.30 pagi. So cik ella pada hari tersebut ada MISI untuk dilaksanakan. Haaa!!MISI cik ella adalah untuk buat liputan berita Nadi Bangi di dataran Panggung Seni UKM. So cik ella dan Syahirah Ghani terus bergegas untuk buat liputan berita bagi majlis siaran langsung MHI di UKM. Tiba je di lokasi cik ella, kwn-kwn cik ella dan warga UKM sudah hadir awal untuk menyaksikan langsung MHI Di Dataran UKM ni. majlis pada hari tersebut sungguh meriah dengan kehadiran Saffe Sali pemain bola sepak Malaysia dan beberapa pengacara MHI seperti Wardina dan beberapa orang lagi. Selain itu, turut diadakan aktiviti-aktiviti yang menarik bagi menghiburkan warga UKM.

BERITA PENUH.....

Oleh: Noormazla Nizan dan Nur Syahirah Abdul Ghani

KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN INOVASI UKM

Univeristi Kebangsaan Malaysia telah mengadakan siaran langsung Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 bersama Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin mengenai arahkecemerlangan penyelidikan inovasi UKM di Dataran Panggung Seni, UKM pada 11 Februari 2011 baru-baru ini.

Program Malaysia Hari Ini (MHI) dijayakan dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UKM (PUSKEB)bersempena Hari Keterampilan Mahasiswa Kolej Dato' Onn (HAKERA) UKM dan turut sertai Giat Mara .

Menurut Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, inovasi adalah cara menguruskan satu idea yang boleh membawa kepada pasaran yang penting dari aspek kemahiran teknologi yang perlu ditekankan oleh penyelidik UKM dan pelajar.

“Perancangan transformasi utama untuk cemerlang mempunyai ciri autonomi, barisan kepimpinan, memupuk bakat, pembelajaran tahap akreditasi yang menyerlah, tahap teknologi yang tinggi dan hubungan industri dengan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, pelajar perlu berinovasi dalam semua bidang. Sebagai contoh, tarian yang mempamerkan konsep 1Malaysia menonjolkan apreasiasi kebudayaan,” katanya.

Program ini bertujuan merapatkan pelajar Giat Mara dan pelajar UKM dengan program perkasa remaja serta meningkatkan motivasi dan melahirkan pelajar yang holistik dan berinovasi dipasaran dunia.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti sembang pagi, tarian kebudayaan pelajar UKM, senaman pagi, persembahan kumpulan muzik UKM, ventriloki ahli silap mata, Marhaban dan kaunter-kaunter Giat Mara dengan perkhidmatan gunting rambut, solekan, masakan dan lain-lain

Sementara itu, majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pemain bola Malaysia Safee Sali.



bersama Fitri
Bersama Wardina
Bersama Saffe Sali(PEMAIN BOLA SEPAK)
sedang menulis isi2x penting ucapan NC UKM
NC sedang Ditemu bual oleh Pengacara MHI

rakan-rakan cik ella dan Wardina