Monday, November 5, 2012
MY SECOND CONVOCATION!!!!HURAYYYYY
Wednesday, February 1, 2012
::::PENYATUAN DUA HATI::::
Sunday, July 10, 2011
GIGI SIHAT, SENYUMAN MENAWAN
oleh: Noormazla Nizan, Hanisah Yunus
GIGI SIHAT SENYUMAN MENAWAN
Dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya penjagaan gigi yang lebih baik, Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia mengadakan Kempen Kesihatan gigi untuk warga UKM bertempat di Pusat Kesihatan baru-baru ini.
Kempen yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Disember dengan kerjasama Fakulti Pergigian UKM di bawah Jabatan Peridontologi mendedahkan kepada orang ramai mengenai penjagaan gigi dan bukan hanya dengan memberus gigi dua atau tiga kali sehari malah banyak lagi perkara yang harus dititik beratkan.
Senyuman menawan memang menjadi idaman setiap individu. Untuk memiliki senyuman sebegini, faktor paling utama pastilah penjagaan gigi. Gigi yang tidak sihat atau bermasalah, pasti boleh mencacatkan penampilan. Gigi yang cantik pastinya menyerlahkan senyuman yang menawan. Penjagaan gigi yang sempurna adalah penting dalam kehidupan seharian.
Menurut Ketua Jabatan Unit Pergigian, Dr.Hamizah Hamidun, menjaga kesihatan pergigian adalah sama penting dengan penjagaan tubuh badan yang lain. Penjagaan gigi adalah amat penting terutama bagi individu-individu yang menghidap penyakit seperti kencing manis dan jantung dimana mereka berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kuman yang bermula dari mulut.
“Setiap tahun kempen ini akan diadakan dan objektif utama adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang kepentingan pergigian disamping untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang kesihatan pergigian supaya dapat meningkatkan lagi kualiti hidup secara keseluruhan,” katanya.
Malah kata beliau, bagi mendapatkan gigi yang sihat dan menawan tips-tips penjagaan gigi yang baik adalah seperti menggunakan berus gigi yang sesuai mengikut usia serta melakukan teknik memberus gigi yang betul.
“Gunakan berus gigi yang sesuai dan mempunyai bulu yang lembut serta hujung yang bulat bagi mengurangkan risiko kecederaan gusi. Berus gigi yang terlalu lama dipakai, tidak dapat membersihkan gigi dengan sempurna dan boleh menyebabkan kerosakan gigi. Berus gigi patut diganti setiap tiga atau empat bulan sekali,”katanya
Sementara itu, teknik flos iaitu sejenis benang yang membersikan kawasan celah-celah gigi juga perlu dilakukan. teknik flos dan memberus gigi seharusnya dilakukan secara kombinasi bagi mendapatkan kebersihan mulut secara keseluruhan. Teknik penjagaan gigi adalah penting kerana masalah-masalah seperti Peridontial iaitu penyakit gusi atau pun gigi berlubang adalah bermula daripada penjagaan gigi yang tidak betul.
‘’Penggunaan cecair untuk berkumur juga membantu mengurangkan kerosakan gigi. Selain itu, perlu berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk membuat pemeriksaan dan pembasuhan gigi secara menyeluruh,” katanya.
Beliau mengulas mengenai peggunaan mouthwash ataupun cecair kumuran yang dikatakan mengandungi kandungan alkohol yang tinggi dan boleh membawa kanser.
Dr. Hamizah menjelaskan bahawa kandungan alkohol adalah bagi menstabilkan bahan kandungan di dalam cecair kumuran dan tidak begitu berbahaya kepada lapisan mulut.
Menurut beliau lagi, beliau sama sekali tidak bersetuju bahawa penggunaan cecair kumuran sahaja yang menyebabkan kanser sebaliknya banyak lagi faktor lain seperti merokok, pengambilan minuman keras merupakan penyebab yang lebih besar kepada kanser.
Oleh itu, Penjagaan gigi tidak hanya semusim, tetapi seeloknya biarlah usaha penjagaan kesihatan gigi itu berpanjangan. Malah, amalan diet seimbang, mengurangkan pengambilan gula serta sentiasa memberus gigi dengan betul yang dijadikan amalan kehidupan seharian boleh meningkatkan tahap kesihatan gigi.
pelajar UKM sedang membaca poster cara penjagaan gigi
sesi pendaftaran pemeriksaan gigi
suasana kempen gigi sihat di usat Kesihatan UKM
BERITA Nadi Bangi : Pelancaran Laman Web 'International Student Centre' (ISC)
Oleh: Noormazla binti Mohamad Nizan
Pelancaran Laman Web 'International Student Centre' (ISC)
Buat julung-julung kalinya Jawatankuasa International Student Centre (ISC) Universiti Kebangsaan Malaysia, telah mengadakan pelancaran laman web ISC di dataran Pusanika UKM pada 12 januari 2011 baru-baru ini.
Laman web ini dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri sebagai kemudahan kepada bakal pelajar antarabangsa yang memilih UKM untuk melanjutkan pengajian mereka.
Selain itu, web ISC mengandungi pelbagai maklumat yang diperlukan oleh bakal pelajar antarabangsa serta mereka yang sudah menjadi pelajar UKM.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri berkata, usaha itu adalah selaras dengan pelan transformasi UKM untuk menambah pengambilan pelajar antarabangsa dan penambahbaikan sistem pengurusan pelajar antarabangsa.
“Laman web ISC adalah sebagai langkah daripada satu projek penyelidikan untuk menyediakan perkhidmatan bagi pelajar antarabangsa seperti penempatan awal, perumahan, kaunseling dan kegiatan berpersatuan melalui Jabatan Pembangunan Pelajar,” katanya
Beliau menegaskan, semua langkah itu adalah sejajar dengan matlamat menjayakan aspirasi UKM dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mencapai satu tahap pengantarabangsaan pengajian tinggi yang boleh dibanggakan.
“Ia juga diharap dapat memacu Malaysia menjadikan UKM sebagai pusat pengajian tinggi serantau dan diperingkat global,”katanya.
Antara aktiviti-akitiviti yang menarik yang telah diadakan ialah pameran dan persembahan daripada pelajar-pelajar antarabangsa.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Pejabat Hubungan Antarabangsa UKM, Prof. Madya Dr. Imran Ho Abdullah dan warga UKM.
.

Anda Pembawa Talasemia???

LIPUTAN SIARAN LANGSUNG MHI DI DATARAN PANGGUNG SENI
Oleh: Noormazla Nizan dan Nur Syahirah Abdul Ghani
KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN INOVASI UKM
Univeristi Kebangsaan Malaysia telah mengadakan siaran langsung Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 bersama Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin mengenai arahkecemerlangan penyelidikan inovasi UKM di Dataran Panggung Seni, UKM pada 11 Februari 2011 baru-baru ini.
Program Malaysia Hari Ini (MHI) dijayakan dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UKM (PUSKEB)bersempena Hari Keterampilan Mahasiswa Kolej Dato' Onn (HAKERA) UKM dan turut sertai Giat Mara .
Menurut Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, inovasi adalah cara menguruskan satu idea yang boleh membawa kepada pasaran yang penting dari aspek kemahiran teknologi yang perlu ditekankan oleh penyelidik UKM dan pelajar.
“Perancangan transformasi utama untuk cemerlang mempunyai ciri autonomi, barisan kepimpinan, memupuk bakat, pembelajaran tahap akreditasi yang menyerlah, tahap teknologi yang tinggi dan hubungan industri dengan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata, pelajar perlu berinovasi dalam semua bidang. Sebagai contoh, tarian yang mempamerkan konsep 1Malaysia menonjolkan apreasiasi kebudayaan,” katanya.
Program ini bertujuan merapatkan pelajar Giat Mara dan pelajar UKM dengan program perkasa remaja serta meningkatkan motivasi dan melahirkan pelajar yang holistik dan berinovasi dipasaran dunia.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti sembang pagi, tarian kebudayaan pelajar UKM, senaman pagi, persembahan kumpulan muzik UKM, ventriloki ahli silap mata, Marhaban dan kaunter-kaunter Giat Mara dengan perkhidmatan gunting rambut, solekan, masakan dan lain-lain
Sementara itu, majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pemain bola Malaysia Safee Sali.